Tuesday, October 29, 2013

Selangkah kehadapan

Alhamdulillah, amat laju perkara yang berlaku hari ni..Aku dah start beli rumah, walaupon rumah tak seberapa tapi aku rasa aku puas hati..Terima kasih dekat bapex sebab support aku, sangat la konfius nak beli rumah time ni.. ye la lepas bajet diorg kata inflasi tahun depan dan dijangka harga rumah akan turun..aku plak dh submit loan siap dah approve lagi kau so redha je lah mungkin Allah dah tetapkan macam ni..

Lepas ni kena gigih kumpul duit lagi untuk kawin dan untuk rumah..mungkin ini jalan hidup aku, duduk menetap dan bukan travel sana sini (dulu aku rasa jiwa aku ni jiwa travel..kononnyaaaa) sebab aku ada benda yang paling penting lagi dalam hidup aku iaitu "komitmen" InsyaAllah kalau ada rezeki boleh ja travel, travel lepas nikah pon best ape, cipta kenangan manis bersama..ecewaahhh

Ok mungkin lepas rumah dah siap aku akan story kat blog publish nu..yang ni sekadar mukadimah untuk tatapan aku saja..

K adios nak tidoq esok kerja..zzzzzzzz

Wednesday, October 9, 2013

The Power of Giving

"When we give more we get more"

He said to me money is not for our saving, money is not only for us and money is not everything. Terngiang kata-kata ni di tepi telinga aku tengahari tadi, seorang yang boleh dikatakan berjaya dan tak pernah lokek dengan duit ringgit. Boleh katakan sebulan 3 4 kali belanja makan kalau tak belanja makan mewah-mewah pon dia akan belikan nasi lemak bungkus sekali seminggu.Dia sendiri cakap dia belanja orang sebab dia percaya dengan lebih banyak memberi dia akan lebih dapat banyak ganjaran. Duit bukan untuk disimpan dan rezeki yang kita dapat bukan untuk dimakan seorang. Hidup merupakan satu perkongsian tak kisah dalam bentuk wang ringgit ataupon kasih sayang. Ternyata kepercayaan yang dipegang membuahkan hasil, aku tak tahu berapa banyak aset dia ada tapi berdasarkan rumah kereta dan gajinya pon dah boleh agak.Dia kaya raya.

And of course usaha jugak kena seiring. 

Pernah jugak terpikir kalaulah dia Islam mesti banyak pahala yang dia dapat. Ya dia bukan dilahirkan sebagai seorang Islam tapi sedikit sebanyak aku berdoa supaya Allah berikan hidayah kepadanya.
InsyaAllah.
Masa dia cakap tu aku terpikir betapa Islam sendiri pon mengajar kita untuk bersedekah, dengan bersedekah rezeki jadi berkat, dengan bersedekah InsyaAllah akan menjadi aset kepada kita nanti mungkin bukan dalam bentuk wang ringgit tapi dalam bentuk ganjaran pahala bekalan kita Disana nanti.


Thanks God I'm learning something today, something that I never realise before, something that Allah already said in the Quran but I never apply it.

Thank you Allah.
Thank You.